Thursday, 7 June 2012

Kisah Benar!!! 3 Rahsia Murah Rezeki dr Jutawan Bertakwa

Assalamualaikum,..
Article nie mamaB dapat dari sini..Memang memberi kesan yang mendalam kpd mamaB..Tima kasih kpd tuan haji yang sudi berkongsi cerita dan ilmu kpd semua..Mari kita baca & kongsi ilmu bersama2..

"Ya Allah, aku mohon kepada Mu Ya Allah. Temukanlah aku dengan mereka yang boleh memberi pengajaran kepada ku di Tanah Suci. Temukanlah aku dengan mereka yang boleh mengubah hidupku ke arah yang lebih baik".

Inilah doa yang saya baca sebelum menunaikan haji.

Alhamdulillah. Saya bersyukur kepada Allah. Allah temukan saya dengan begitu ramai orang yang banyak memberi pengajaran dalam hidup saya.

Yang pertama, Allah temukan dengan Prof Kamil ( www.muhdkamil.org ) Bagi saya, buat masa ini tiada orang boleh memberi kesedaran kepada saya seperti mana yang Prof Kamil berikan kepada saya. Prof banyak memberi kesedaran kepada saya. Terima kasih sekali lagi saya ucapkan kepada Prof.

Yang kedua, Allah temukan saya dengan seorang jutawan. Rumahnya sahaja dah RM6 juta. Keretanya BMW X6. Plat kereta pun TAF15. Tak usahlah saya menceritakan kekayaan beliau yang lain.

Namun, orangnya sederhana. Boleh dikategorikan sebagai golongan 'jutawan bertakwa'. Inilah yang kita semua mahukan. Kaya dan dalam masa yang sama bertakwa kepada Allah.

Di suatu pagi, saya duduk di lobi hotel. Dan tiba tiba Datuk Zainal datang duduk berhampiran saya. Datuk Zainal Abidin merupakan Pengurusi Zahafiz Travel Sdn Bhd.

Tahukah anda apakah maksud ZAHAFIZ?

Z adalah Zainal.
A adalah nama Isteri Datuk
HAFIZ pula adalah kerana kesemua anak Datuk adalah Hafiz dan Hafizah Al Quran.

Bagi saya ia amat menarik. Datuk Zainal begitu 'simple'. Beliau kekal merendah diri dan ramah bila bertemu dengan para jemaah Zahafiz. Sebab itu agak mudah saya bersembang dengan beliau.

"Datuk, boleh tak Datuk cerita kepada saya 'rahsia' kejayaan Datuk dalam perniagaan yang Datuk jalankan, sebab saya pun buat business juga" saya bertanya kepada Datuk,

"Biasanya saya tak cerita dekat orang. Tapi sebab kamu dah tanya. Insya Allah saya akan ceritakan," Datuk menjawab.

Datuk menceritakan beliau bukanlah dari latar belakang agama. Beliau merupakan bekas pegawai polis dahulu. Beliau memulakan perniagaan Zahafiz ini lebih kurang sejak 15 tahun yang lepas.

Beliau menceritakan ada 3 faktor utama dari segi amalan yang beliau rasa ia membantu dalam perniagaan yang dijalankan.

1) Restu dan Doa Ibu


Beliau menceritakan, pada peringkat awal beliau mahu berhenti kerja sebagai polis dan memulakan sebuah perniagaan. Sebelum memulakan perniagaan itu, beliau bertanya kepada ibunya sama ada beliau boleh berhenti kerja dan memulakan perniagaan itu.

Ibunya tidak merestuinya.

Maka beliau tidak berhenti kerja dan tidak membuat perniagaan itu.

Jika kita fikirkan, apa rasionalnya Datuk yang berumur sekitar 40 tahun meminta izin dari ibunya untuk membuat keputusan berhenti kerja? Bukankah Datuk pada waktu itu cukup matang untuk membuat keputusan sendiri.

Namun, Datuk amat menitik beratkan restu ibu. Datuk mahu ibunya sentiasa mendoakan beliau dalam apa jua keadaan.

Selepas itu, Datuk meminta izin daripada ibunya untuk membuat perniagaan Umrah dan Haji ini. Dan Alhamdulillah, kali ini ibunya membenarkan beliau berhenti kerja dan membuat business ini.

Selepas mendapat restu ibu. Barulah Datuk berhenti kerja sebagai polis dan memulakan perniagaan ini. Dan Alhamdulillah, perniagaannya berjaya.

Datuk menceritakan kepada saya beliau meminta ibunya untuk mendoakan kejayaan beliau setiap hari. Dan Datuk berkata doa seorang ibu kepada anaknya amat mustajab dan ia tiada hijab. Maka, sebab itulah Datuk merasakan perniagaannya boleh berjaya.

Datuk juga menceritakan kepada saya pentingnya kita untuk mengambil berat dan menjaga ibu bapa kita sekiranya mereka masih hidup.

Datuk menceritakan dalam apa jua keadaan, Datuk sentiasa melebihkan ibunya daripada isterinya. Dan 'isterinya' faham keadaan ini. Datuk memberitahu supaya jangan risau apabila beliau melebihkan ibunya, ini kerana mereka akan mendidik agar anak lelaki mereka juga suatu hari akan melebihkan ibunya berbanding isterinya.

Ini yang sepatutnya.

Namun kita hari ini sering 'melupakan' kekuatan doa ibu dalam hidup kita. Kita 'lupa' untuk mengirim wang kepada ibu bapa kita setiap bulan. Kita 'lupa' untuk mendoakan kesejahteraan mereka. Dan yang lebih teruk, kita 'lupa' untuk berhubung dengan mereka bertanya khabar dek kesibukan kita mengejar 'kejayaan dunia'.

Sedangkan 'kejayaan' itu lebih mudah dikecapi dengan doa dari mereka.

Datuk bertanya kepada saya, "Firdaus ada mak lagi tak sekarang ini?"

"Ya, mak saya masih ada"

"Satu nasihat saya, tolonglah jaga dan sayang ibu bapa Firdaus sepanjang hayat mereka. Lebihkan mereka dalam apa jua keadaan. Minta mereka doakan apa yang Firdaus buat. Insya Allah, Firdaus akan dapat lihat keberkatan dalam kehidupan Firdaus nanti" Datuk menasihatkan saya.

"Sekarang, mak saya dah meninggal dunia. Setiap hari saya mendoakan agar Allah ampunkan dosa mak saya. Sekurang kurangnya, saya menjalankan 'tanggungjawab' saya sebagai anak untuk mak saya"

Kata kata Datuk ini amat memberi kesan kepada saya. Insya Allah, saya berazam untuk sentiasa membahagiakan ibu bapa saya dalam apa jua keadaan.

2) Solat Sunat Dhuha

Datuk menceritakan amalan kedua yang beliau amalkan dan yakin 'membantu' dalam keberkatan dalam perniagaannya adalah Amalan Solat Sunat Dhuha.

Beliau menceritakan yang beliau telah amalkan solat Sunat Dhuha sejak sekian lama. Setiap hari beliau bersolat Sunat Dhuha sebanyak 4 rakaat. Dua rakaat dibuat dua kali. Dan ia dilakukan setiap hari tanpa 'miss'.

Beliau menceritakan kepada saya apabila kita bersolat Sunat Dhuha dan membaca doanya setiap hari, ini bermakna kita berdoa kepada Allah agar dimurahkan rezeki setiap hari. Dan waktu Dhuha adalah antara waktu afdhal untuk kita berdoa.

Dengarlah Doa Solat Sunat Dhuha ini. Anda pasti akan tersentuh hati mendengar doa ini yang dibaca dalam bentuk nasyid yang begitu indah. Saya amat suka mendengar doa ini setiap hari.

“Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu Dhua Mu, kecantikannya adalah kecantikan-Mu, keindahannya adalah keindahan-Mu, kekuatannya adalah kekuatan-Mu, kekuasaan adalah kekuasaan-Mu, perlindungannya adalah perlindungan-Mu."

"Ya Allah, jika rezki kami di langit, turunkanlah, jika di bumi, keluarkanlah, jika sukar,
permudahkanlah, jika haram sucikanlah, jika jauh dekatkanlah, berkat waktu Dhuha, kecantikan Mu, keindahan Mu, kekuatan Mu dan kekuasaan-Mu."

"Limpahkan kepadaku segala yang telah Engkau limpahkan kepada hamba-hamba-Mu yang soleh"
Sama samalah kita hayati maksud doa ini. Jika dibaca dengan penuh pengharapan, boleh mengalir air mata kita mengharapkan rezeki daripada Allah.

Bayangkanlah, jika ini yang kita doakan setiap hari dalam hidup kita. Insya Allah. Suatu hari pasti dan pasti Allah akan kabulkan hajat hajat kita dan dimurahkan rezeki kita.
Datuk menceritakan mereka yang selalu mengamalkan solat Sunat Dhuha akan dimurahkan rezeki oleh Allah. Dan kita kena faham konsep rezeki itu sendiri.

Duit yang kita peroleh adalah rezeki. Ini yang biasa kita faham.

Namun, kesihatan juga rezeki. Kereta tidak rosak juga rezeki. Anak anak tidak sakit juga rezeki. Rumah tidak bocor juga rezeki. Dijauhi dari malapetaka dan bencana juga rezeki. Dapat anak yang soleh juga rezeki. Dan konsep rezeki perlu diperluaskan agar kita lebih mudah faham rezeki yang Allah berikan kepada kita.

Agar kita lebih bersyukur kepada Nya.

"Firdaus, amalkanlah Solat Sunat Dhuha setiap hari. Insya Allah, Firdaus akan saksikan sendiri kehebatan amalan itu sendiri. Allah akan buka jalan agar dimurahkan rezeki kepada Firdaus daripada pintu yang tidak disangka sangka," kata kata nasihat Datuk ini benar benar terkesan dalam hati saya.

Insya Allah Datuk, akan saya amalkan.

3) Bersedekah


"Firdaus, amalan ketiga yang saya rasakan ia memurahkan rezeki saya adalah amalan bersedekah. Setiap hari, di dalam poket seluar saya mesti ada duit kecil. Saya akan bersedekah kepada sesiapa sahaja yang saya rasakan perlu. Tak semestinya saya kenal dia. Tak semestinya saya hanya bersedekah kepada peminta sedekah. Kalau saya nampak cleaner sedang sapu sampah. Saya bagi. Kalau saya nampak 'guard' di bank pun saya bagi. Sekadar nak membiasakan diri dengan amalan bersedekah. Dan saya lakukan ini setiap hari. Dan bila saya masuk satu satu masjid, saya tidak akan keluar dari masjid itu melainkan saya sudah bersedekah untuk masjid itu," Datuk menceritakan panjang lebar.

Datuk menerangkan yang amalan bersedekah amat besar fadhilatnya.

Dan apabila kita bersedekah, kita bukan mengurangkan rezeki kita. Sebaliknya kita menambah rezeki kita. Allah akan gantikan kepada kita melalui cara yang lain. Cara yang kita tidak sedar.

"Datuk, datuk selalu derma berapa ringgit?" Saya bertanya kepada Datuk.

"Janganlah tanya saya derma berapa. Tapi, dermalah ikut kemampuan kita. Kalau kita ada lebih, kita bagi lebih. Kalau kita ada kurang. Kita bagi sedikit. Yang penting, kita harus biasakan dengan memberi".

"Tahu tak, bila kita menderma kepada seseorang yang tidak kita kenali. Salah seorang daripada mereka ini pasti 'mendoakan' kepada kita secara tidak langsung. Tahu tak, doa daripada seorang muslim yang tidak diketahui oleh orang yang didoakannya itu amat mustajab." Datuk menambah lagi.

Kalau difikirkan begini, ia memang benar. Kita tidak kaya bukan kerana kita kurang menerima, tetapi kerana kita kurang memberi. Jika kita banyak memberi, insya Allah banyak lagi yang akan kita terima. Inilah sifirnya di dalam Islam.

"Kamu tahu tak Syarikat Bin Laden. Kontraktor terbesar di Saudi. Setiap hari, mereka membelanjakan sekitar SR30,000-SR40,000 untuk didermakan kepada orang ramai." Datuk memaklumkan kepada saya.

"Banyaknya yang dia orang derma!" saya mencelah.

"Firdaus, janganlah tengok berapa yang dia orang keluarkan. Tengok pula berapa yang dia orang dapat hari tu. Berapa juta yang masuk. Salahkah kalau nak keluarkan setakat SR30k-SR40k sehari kalau projek yang masuk juta juta," terang Datuk.

Datuk memberikan contoh yang amat jelas kepada saya. Contoh yang bersertakan bukti yang kukuh.

Saya benar benar bersyukur kepada Allah. Allah temukan saya dengan Datuk Zainal. Pertemuan yang tidak dirancang. Tetapi ia benar benar memberi kesan dalam diri saya.

Insya Allah Datuk. Akan saya cuba amalkan apa yang Datuk nasihatkan kepada saya.

Orang kata, kalau nak belajar, belajarlah dari orang yang dah berjaya. Bagi saya, mengambil pengajaran dari kisah kejayaan Datuk amat penting dalam hidup saya yang juga turut membuat business. Semoga saya juta begitu.

Semoga satu hari nanti saya boleh memiliki rumah besar, kereta besar, berjiwa besar. Dan yang paling penting. Menjadi 'JUTAWAN YANG BERTAKWA'. Tak guna kalau kaya harta tapi miskin jiwa. Tak guna kaya kalau tak rajin bersedekah.

Semoga, pengajaran yang saya peroleh ini dapat dikongsi oleh kita semua. Semoga kita semakin hampir kepada Nya.


Jadi apa yang anda dapat dr pembacaan td?
Kadang2 kita tlh berusaha ttp masih tidak dapat apa yg dihajatikan..Mungkin  masih ada amalan yangtertinggal  dalam kita berusaha itu..Mari kita renung2kan bersama..
Kongsikan perasaan anda bersama mamaB disini ya..

12 comments:

  1. Nie suatu yg sgat menakjubkan tp stu knyataan yg bnar2 berlaku.. Sumenye kerana ALLAH...pmberi smangat

    ReplyDelete
  2. ya allah, besarnye mukjizat yg allah bagi depan mata kita, cuma kita saje yang tak pandai menggunakannya...suatu peringatan & pengajaran yang amat berguna sangat2

    ReplyDelete
  3. Mukjizat utk nabi je! Salah guna term mukjizat tu.

    ReplyDelete
  4. Dalam kesedihan saya bertarung dengan keadaan kewangan yg sempit..saya terjumpa cerita saudara yg penuh pengajaran ini.. byk yg saya terlupa utuk buat dlm hidup.mencari redha Allah...terima kasih kerana menulis dan mengigatkan...

    ReplyDelete
  5. SEMOGA SEMAKIN BANYAK TUMBUH JUTAWAN YANG BERTAKWA'. Jadi kaya harta jadi kaya amaljuga. Menjadi kaya selalu rajin bersedekah.Insa Allah.

    ReplyDelete
  6. Yaa Allah,Yaa Rahman, Yaa Rahiim,Yaa Robbal 'aalamiin, limpahkanlah berkah, Rahmat, danRizki yg melimpah kpd kami sekeluarga. Selamatkanlah kami dalam kehidupan di dunia dan akhirat.

    ReplyDelete
  7. Syukur alhamdulillah. Terima kasih kerana ingin mengongsi 'rahsia' kejayaan ini. Semoga lebih ramai diantara kita menjadi jutawan yang bertakwa. Insyallah

    ReplyDelete
  8. Boleh juga baca buku MUDAHNYA MENJEMPUT REZEKI.. : )
    http://muslimchoices.com/?p=menjemput_rezeki

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah dengan izinNya... saya dapat ilmu yg dikongsikan...terima kasih

    ReplyDelete
  10. Mengalir air mata baca ni...alhamdulillah,terima kasih diatas perkongsian ilmu ini...insyaallah, akan saya amalkan..semoga Allah meredhai kehidupan awk..

    ReplyDelete